Monday, February 7, 2011

try to smile

Assalamualikum...

should be in class now :)

blog tqah.sahabat.

sungguh,bila ukhuwwah atas dasar iman dan keranaNya segala-galanya menjadi manis.baru sehari cuti dah rasa rindu.aih...macam mana bila habis spm nanti?

Allah..bantulah aku harungi perpisahan itu nanti.

sahabat,kita berukhuwwah sampai ke syurga,ya?
Ameen,ya Rabb.

Thursday, December 23, 2010

end.


Assalamualaikum...

Saya rasa lepas ni kemungkinan besar dah tak sempat nak post. So, better post sekarang je.

Hari ni first day kelas tambahan. over all,not bad. cuma seriously macam dah tak reti nak pakai tudung bulat. memang asyik herot-berot je tudung. -_-'

soon,saya akan masuk asrama. yeah...persediaan SPM. saya gagal kawal diri duduk rumah. ada je penghalang untuk belajar. tapi penghalang terbesar semestinya diri sendiri T_T

as kak lang said,
"buat ape duk asrama,banyak sakit je."

yeah...memang banyak 'kesakitan' yang kena lalui dengan tabah kalau duk asrama ni. tahu sebab dah pernah duduk sem2 2009. after the rain,there's come the rainbow. tapi saya masih takut kalau saya masih tak jumpa pelangi selepas hujan lebat. :(


and kak long said:
"su,sayang tau kalau duk asrama.nanti lepas ni masuk kolej/matrix,universiti,kawen.haa bila je boleh duk rumah."

hmm.dia cakap gitu since awal tahun 2010 lagi. and i knew she said that because she felt it.. tapi saya rasa kalau saya duk asrama akan lebih berdisiplin. biarlah penat macam mana pun...dah namanya pun pelajar,kan? sori,long. my bad.



realitinya,tak sampai setahun saya akan tinggalkan sekolah. rasa tak sabar but in the same time,i'm scared. huh. perasaan yang normal,kan?

daa net. i'm off.

*family day 24-26 Dec 2010.
excitedly can't wait! >__<
hope i'm no looser this time T__T

Wassalam.

Thursday, December 16, 2010

kalau..kalau..

Assalamualikum.

Bismillah..

tadi blogwalking dan terjumpa jawapan pada persoalan yang dah lama ditinggalkan.

"...Jika terjadi sesuatu kepadamu, jangan katakan, 'Kalau aku berbuat, maka terjadi ini dan itu.' Tapi katakan, 'Allah telah menakdirkan. Apa sahaja yang dia kehendaki, maka Dia kerjakan.' Kerana kata 'kalau' itu membuka ruang kepada amal Syaitan."
(Hadith Sahih riwayat Imam Muslim)


seringkali bila cakap kalau,akan ada sahabat yang mengingatkan dengan berkata
"jangan cakap kalau...tu bahasa syaitan."
hati masih tak puas sekelumit tapi tetap menurut nasihat si sahabat.

Demi menyedapkan hati,akal mula berfikir..
"mungkin sebab syaitan kalau hasut selalu cakap 'kalau kau buat ni....' .."

*sumber fikiran dari bacaan majalah Asuh.

Dan Alhamdulillah,sekali lagi,jawapannya sudah kutemui. :)

Wassalam.

Sunday, December 5, 2010

novel :)



Assalamualikum.

semalam tengok-tengok novel english yang nak dibeli. lastly,ade 3 novel yang berkenan tapi nak beli satu je.

so mintak abah datang pilihkan.

1. Radiance.

tak ingat sangat pasal apa tapi yang pasti ayat last sinopsis dia

'i knew that i died a year ago.'

"ni apa ni dah mati nak tulis..blaa..blaa.."

2. Numbers.

mungkin ramai yang dah tahu yang orang ni dia boleh nampak tarikh mati setiap orang kat dahi. tapi buku ni pasal dia nampak ramai orang ada tarikh mati yang sama. might something big gonna happen.

"mana boleh tahu mati...mengarut je..bla..bla.."

3. closer.

cerita dia lebih kurang macam harry potter.

"ni cerita,kan? ok lah daripada yang lagi dua tu ..bla...bla..."

hehe. tak sangka abah ni rupanya akan membebel jugak. dan abah sememangnya jaga anak-anaknya dari setiap sudut. hatta novel pun dia ambil kira.terima kasih,abah.

sebagai anak yang taat,closer menjadi pilihan :)



hari ni pergi ikut ummi sebab iki nak beli buku. tetibe teringat Atiqah ada promote novel waktu nadwah. ok,mula-mula memang tak nak caya yang buku tu best. tapi tetibe hati tergerak untuk mencari dan terus membeliya WITHOUT HESITATION.

*ni cover kat indon.


hmm..pelik. tapi Allah jualah yang mampu membolak-balikkan hati.

moga novel ini memberi manfaat kepadaku.

Wassalam.

Friday, December 3, 2010

adik.

Assalamualaikum.



petang semalam,adik tiba-tiba datang menghampiri pastu dia amik penanda buku.

"kak su, ni apa?"

sambil melihat di tangannya,

"oh,ni penanda ..."

tanpa menyebut ayat terakhir ialah buku,saya terus sambung membaca.

"oo..maknanya kalau nak b***k letak benda ni,ea?"

terkesima.

"HAHAHA!!!"

itulah budak-budak.telus.tanpa mengira sebab dan akibat,dia akan bagitahu dan melakukan apa yang terlintas di fikiran. Ye,budak-budak selalunya jujur. tetapi itu mungkin kerana mereka tidak cukup bijak lagi untuk menipu. sebagai bukti..

Pada suatu pagi..

"Adik...adik dah mandi belum?"

"Dah.." *dengan muka bajetnya.

"oh..ye? siapa mandikan?"

"Adik mandi sendirilah."

"he? tapi adik pendek. shower tu tinggi.... hmm..."

"hehe.."

"Pergi mandi sekarang!"

___________________________________________________

Adik,jadilah jundullah yang bertakwa.

Sungguh,saya sangat tertarik dengan rijaluddakwah.maksud saya,perkataan itu.

Wassalam.

Friday, November 26, 2010

cinta kami.

Assalamualaikum..

Dengan namaNYa yang agung,saya mulakan.



Forum MPP.
Dia seorang diri mara ke hadapan.Saat dia berpaling memandang kami,automatik tangan-tangan kami terangkat memberi semangat secara bisu. Dia tersenyum. Kami lega. Satu tanda yang dia sudah tenang,mungkin. ;)

Pidato.
Rasa sungguh tak mampu sebab memang tak boleh nak berkata di khayalak ramai. Saat2 akhir sebelum pidato,rasa untuk menarik diri semakin kuat. Namun,sokongan semua orang menguatkan. Sangat rasa kemanisan di situ. Lantas,dengan kekuatan yang baru,bicara dimulakan.Walaupun sangat rasa tak bagus dan malu dengan apa yang dikatakan...sahabat2 memujuk.Kemanisan bertambah.

Dan ini, langkah pertamaku untuk menjadi diri yang baru.Insya-Allah.


Maher Zain-'Insya Allah' dan 'Thank You Allah' berkumandang.
Saat sebelum para calon MPP Musleh ke depan. Mata berair. Tanpa kutahu sebab yang kukuh.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

mungkin tersentuh dengan liriknya yang amat bertepatan dengan keadaan waktu tu. Dengan langkah yang berani,dia mara ke depan. Yakinlah sahabat!


MPP Musleh.
Kamu hebat. Kami percaya akan kebolehan kamu untuk menggerakkan ummah.Kerana itu,kami memilih kamu. Percayalah akan kebolehanmu. Teruslah ke hadapan,sahabat...kerana kami sentiasa berada di belakangmu untuk menyokong mu. :)

Tiba di stesen.
Kami lihat kalian dari jauh. Lantas datang bersalam dan berpelukan. Aneh...tak sampai sejam (kot) dah rindu.

Jalan-jalan.
Mungkin lebih sesuai digelar 'Amazing race' *ikut gaya mayo dan shibak.
Walaupun mungkin berseronok dan bergembira,dalam hati tetap terasa kehilangan yang besar.

Dan malam itu,hujan mengiringi perpisahan kami.

Sungguh,kali ini mungkin pertama kali saya merasakan halawatul iman. Ukhuwwah atas dasar keimanan sangat manis.

moga-moga dengan usaha yang sedikit,
disusuli dengan niat yang ikhlas,
kita semua mendapat syafaat,rahmat dah hidayah dariNYA.

Ameen.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
Indeed you give me hope

Wassalam~

Wednesday, November 17, 2010

Formspring

Assalamualaikum.

tak tahu macam mana terdetik nak buat.

mungkin sudah sampai seru ;)

dakwah banyak cara semestinya.

Moga Allah bersama dalam setiap langkahku.
Bukan. bukan Allah yang tidak bersama.
Tetapi diri sendiri yang menjauh.

ya Allah... jangan biarkan aku jauh dariMu.

_____________________________________________

masa kem,ada sorang sahabat ni selalu nyanyi lagu terima kasih guru. jadi suka pulak. tapi..versi dia lagi best sebab dia dah modified. haha~


salam eid adha.

Wassalam.