Showing posts with label old posts. Show all posts
Showing posts with label old posts. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

An appointment

Assalamualaikum..

setelah pemeriksaan dan segala hal yang berkaitan diselesaikan, saya terus bergerak balik rumah. dengan harapan, esoknya dapat operate gigi terus. terasa penat untuk tahan sakit ketika makan.

esoknya, saya dan umi ke hospital [lebih kepada klinik sebenarnya. cawangan dental mungkin?]
seriously cuak masa tunggu giliran. x suka nak kena rasa lagi sekali injection kat lelangit. jarum dia besar oke! ouch!
dan operation?! god...

setelah tiba giliran, dengan berdebar + cuaknya saya masuk ke bilik dentist. periksa sini dan situ, doktor suruh saya tunggu kat luar dulu.

kat tepi bilik, umi sedang menunggu. waktu tu saya serious takut sebab dari cara doktor tadi..
"nanti saya tengok boleh ke tak awak buat kat sini atau kena jumpa pakar."
#gulp

maka denga malunya terpaksalah saya mengaku yang saya nangis waktu uh. tapi taklah sampai berjela... cuma mengalir sekali dua.

"umi, kaksu takutlahh..."
"lahh..macam adik ni takut. macam mana nak bersalin nanti?"
#gulp "bersalin tu lama lagi..."
"haha. yelahh.. tapi nak cakapnya, hidup kita ni memang akan berdepan dengan kesakitan. sakit bersalin,sakit gigi,sakit kepala.. cuba matang sikit tahan sakit tu..etc,etc.."

maka sungguhlah saya belum matang =_='

walaupun saya lebih takut untuk operate dan bukannya sakit selepas itu, tapi kata2 umi memang tepat. zaapp!!

that makes me wonder, there are MORE people who are facing  seriously painful injury or things or whatever than me. and me? it's just a tooth! although it is two.

so from that moment on, i determined. this is the thing that i have to face. it is panful, but it will get better than before, aint?

ulang alik hospital dan kli nik, jumpa doktor, x-ray, segala bagai uhh...
x dapat buat operation lagi. sehari 1/2 orang je yang akan operate. maka buat appointment je dulu, bulan 1 masa cuti tu nanti baru operate.

hmm.. jujur kecewa sesangat sebenarnya. tapi saya pasti, ini yang terbaik.



Sunday, July 29, 2012

last :'(

Assalamualaikum..

mengapa kita ditemukan
pada akhirnya kita dipisahkan

hmm. lumrah setiap pertemuan ada perpisahan.
that is life.

serious sedih daurah LKD dah takde lepas ni. bila lagi nak jumpa sahabat2 ni? ramai yang akan fly overseas. dalam masa terdekat ni pun ramai. sedih teramat!

honestly,
mula2 dapat tahu kena gi LKD hati memang rebel dahsyat punya.

1st meet up; mukhayyam.
memang rasa tak suka. jujur ni. tak tahu kenapa.

daurah 1st, hati dah lembut sikit. tapi sikit yang teramat sangat.

daurah 2nd + kembara dakwah.
can't deny. in love with it. n rasa sedih bila route balik dari sabah tak sama dengan orang lain!

daurah 3- last.
excited setiap kali nak kena gi LKD. undescribable.

sungguh sayang semua sahabat LKD ni!
rasa macam kalau boleh,nak satu U dengan derang,sekelas,sebilik. tapi mustahil!
that is life.

friends may come and go but they remains in your heart.

so,kena redha.
kalau bukan sahabat2 ni yang bertebaran untuk menyeru,siapa lagi?
jadi, diri ini pun kena bergerak seiring dengan yang lain.

that is soo life!

Wednesday, April 25, 2012

not for long !

Assalamualaikum.

semalam baru sampai JB dari jaulah akhawat LKD.
20-22 daurah then terus jaulah.

superb osem! buat jaulah sebab tak nak pisah dengan sahabat LKD gitu je lepas daurah but it turned out that makin lama dengan derang,makin susah nak pisah :'(

saya sebelum ni serious sedih bila fikir ramai yang apply overseas. rasa macam semua nak tinggalkan saya. yeah,i'll be here. malaysia. haha. tapi sekarang dah tak sangat since ramai jugak apply U yang sama. :D

memang tak patut fikir nak U yang ada kawan je tapi berapa ramai je yang betul-betul ada di hati ini? that is why it is quite hard to apart.

takpe. next daurah less than a month. lebih kurang 3 minggu je !

sungguh aku cinta sayang mereka. Ya Allah,moga Engkau redha.


Daurah 3. second last :'(

Jaulah osem :D

Wednesday, April 11, 2012

life lesson

Assalamualaikum.

since it late,i will make it short. eheh. but guess it doesn't work -_-'

Pagi tadi gi hutan bandar. sedang kami berempat duduk di pondok,datang seorang uncle. pakaian agak shabby. around 60s - 70s. chineese.

Dia kata yang dia dah 5 tahun datang situ. might every day. dia belajar nyanyi n nyanyi kat orang. tak kira bangsa apa. so, dia pun nyanyilah dalam 4 lagu. haha. mula2 memang sume gelak tapi manage it well supaya tak nampak macam insult atau perlekehkan. sebelum mula dia dah pesan tak nak sesape amik gambar or rakam dia. dia tak nak ada kat internet. setiap lagu,dia akan benti n cite kat kitorang macam2. nape lagu tu gitu,nyanyi the best keluar suara ikut perut,etc. he even taught us how to sing! haha. ok,layan je. tapi jangan risau. do re mi sa so la ti do je.

dah habis sume lagu burung kakak tua,i don't want to know dengan lagu cina..then dia cite yang dia x de agama tapi selalu baca buku2 agama or buku tentang Islam. tak ingat. tetibe dia tanya :

'awak sume islam,kan. muslim. haa.. saya mahu tanya. nape awak pakai tudung?'

'sebab tuhan suruh.'
'untuk lindungi.untuk jaga.'
*yeah..tak tahu the best answer nak bagi. so,mungkin jawapan yang mudah yang kami rasakan sesuai.

'haa...kamu tahu tak kenapa? masa dulu....zaman Muhammad..haa..kamu kenal aa.... zaman itu pasir aja....etc...etc....haa... lepastu ada laki2 jahat...mahu rape perempuan cantik saja. tak cantik tak mahu. haa.. sebab itulah dia kasi tutup. mahu jaga.'

err. ok. purdah atau niqab kah? huu.

then tanya lagi;
'atuk kamu kawen bape?' haa...kamu tahu kenapa orang islam boleh kahwin 4 orang? haaa...Muhammad ada banyak isteri,kan? kamu tahu?

later on dia explain nape...
1. dulu selalu berperang. so,suami dah takde. then Muhammad suruh yang kaya kawen dengan sorang...etc...etc...pastu...siapa yang mahu jaga mereka kalau tiada yang mahu kawen sama dia?

then tetibe dia cite sejarah monggol...kuat...takluk cina...etc.

tapi yang menarik..

Raja monggol waktu tu, (dia kata ya bila kami sebut Hulagu Khan. wallahu 'alam.) pergi berburu dengan orang2 dia. Derang bawak sekali helang yang dah ditrain untuk kesan makanan. bila helang dapat track,ia akan inform kat raja atau orang2 dia. so,derang dapat berburu dengan mudah. tapi binatang kecik macam arnab tu helang uh amik sendiri.

lama kelamaan raja tu haus. dia dan orang2nya pun gi sungai. lepas amik air,baru nak minum,helang tu jatuhkan air raja uhh (tak tahu cane). raja tu geram tapi takpe. gi lagi amik air kat sungai. baru nak minum,helang tu jatuhkan lagi. so,raja pun bernekad. sekali lagi helang tu jatuhkan,dia akan bunuh helang tu. panah. so,raja turun lagi sekali amik air. and again,helang tu jatuhkan. without second thought,raja tu panah. zap. mati.

tapi tetibe dia terfikir. nape helang tu beria-ia sangat jatuhkan air aku? dia pun suruh orang2 dia gi cek kenapa. orang2 dia pun bergerak ke punca sungai. tengok dan terus mencari. tapi still tak jumpa sebabnya. selepas 1KM mencari, jumpa. ada seekor ular besar yang telah lama mati kat sungai tu. sungai ni tak berapa besar,so ular tu melintang dari tebing sini ke tebing sana. yes. it's a poisonous snake. racun ular tu mengalir ke bawah. raja tu? kawasan dia amik air tu bawah lagi dari ular tu. now he knew what the reason for the eagle's act. menyesal tak sudah. menangis tak berlagu.

then,raja tu amik bangkai helang tu n buat macam monumen lah kot lebih kurang. sebagai penghargaan jasa helang tu. alkisahnya,sampai sekarang orang monggul akan bela helang based on kisah tu.

habis cite,uncle tu tanya apa yang kami dapat dari cite ni? tak sempat jawab dia terus sambung;

'jangan buat decision masa tengah marah. kasi cool dulu. kalau orang marah sama orang marah aa..tarak jadi. kena kasi sejuk dulu.'

cerita ni memang memberi kesan. betapa kadang2 apa yang kita fikir atau sangka tu boleh jadi 360 berbeza. dan betul, bile kita layankan jugak marah tu,benda akan jadi worse selalunya. ada quote,'every minute u get angry, u loose 60 seconds of happiness.'

dia pun cakaplah yang dia pun nak balik dah. n he said, ' i did not want to be happy all by myself. i want tobring happiness to other people.' eheh. bagus. sebelum uncle tu pergi,dia pesan supaya kami sentiasa hati-hati.

eheh. actually thanks a lot,uncle. u teach us many new things actually. senanye banyak kali jugak tengok2 jam masa dengar uncle tu. hehe. tapi cover2. rupa2rupanya dah sejam lebih kami mendengar! fuuhh.

kadang-kadang bila ada yang bertanya tentang fiqah,islam,aqidah,akhlak,etc..kita akan jawab dalam bentuk fakta. tapi uncle ni jawab dalam bentuk sebab dan musabab. bila seseorang tu tahu sebab dan musabab dia kena buat sesuatu,baru senang dia nak terima,faham,amalkan. tak gitu?

huu.
Wassalam.


Tuesday, April 3, 2012

GMJ ; Global March to Jerussalem

Assalamualaikum.


30 Mac 2012, Stadium alawati,Shah Alam.

Alhamdulillah, bersyukur n excited sangat dapat pergi sebab mula2 umi n abah tak bagi. huu. benda biasalah tu kan. risau. nasib baik ikram johor sediakan bas n ajak budak2 r2s2. bolehlah tumpang sekaki. alhamdulillah again.

kami sampai lambat. tak tahulah sebab jalan jammed atau driver drive berhati-hati.

kami sempatlah jugak jejak kasih dengan akhawat lkd n kawan2 sekolah yang tak pernah jumpa lagi tahun ni. sebab sekejap sangat, rasa tak terlerai pun rindu ni T^T tapi takpe. kena manage feelings jugak,kan.

alkisahnya,ada lebih kurang sketsa pada penghujung event. agak meremng bulu roma sepanjang dalam stadium uh. laungan takbir. kibaran bendera. rijal dakwah.

one thing for sure, if today generation can't win,there's always next generation. and it is continuous, for sure !


“Akan sentiasa ada sekumpulan dari umatku, yang terus menegakkan kebenaran, dan
tegas berjuang menentang musuh. Tidak sekali-kali akan memudaratkan perjuangan
mereka, walau dirintangi kesusahan dan dipinggirkan. Hingga datang ketentuan
Allah, dan mereka akan tetap sedemikian.” Sahabat bertanya kepada Rasulullah
, “Dimanakah mereka itu?” “Mereka itu berada di Baitulmaqdis, dan di sekitar
Baitulmaqdis!”

hadis nabi. Riwayat Abu Daud x silap. ada jugak dalam nasyid baitul maqdis. nyanyian siapa terlupa pulak.

*gambar nak letak tapi malas pulak nak off phone bukak cover belakang cabut memory card cucuk kat komp copy msokkn blek kat phone tutup blek cover belakang msokkan balik dalam casing then baru turn on phone. heh.

ehem. bila malas memang banyak alasan,kan?

Monday, March 26, 2012

kembara dakwah Sabah :D

Assalamualaikum.

10 - 12 Mac daurah kat al-Amin Bangi. then kembara dakwah !

13 Mac. selasa.
pukul 4 AM lagi semua dah banguun. siap siap segala bagai. then,gerak ke KLIA. di KLIA,kami terpecah dua. LKD yang ke Sabah dan yang ke sarawak.

LKD Sabah pula terbahagi keada dua. 1st flight (7.30) akhawat,mualimah zaiton dan kak ili. 2nd flight (9.30) ikhwah dan dua orang akhawat. kasihan mereka. huu.

dah sampai airport KK kami disambut oleh sekeluarga Ikram Sabah. then tunggu lagi dua jam untuk 2nd flight,gerak ke kg.Tambulion Sekolah Agama Rakyat (SAR).
lepas makan dan solat,briefing tentang keadaan kampung yang akan kami menetap selama 8 hari,Kg. Lasaupodi.

Sepanjang perjalanan memang cuak. macam-macam fikir. toilet,keadaan rumah,makanan,,orang,semua la senang kata.

kami sampai bila dah maghrib 6.30pm. jalan kaki naik bukit adalah jugak dalam 30 minit sebab kampung ni dekat kaki bukit! huisy. ponat. lepas isyak baru kami dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. akhawat 100% tinggal bersama keluar tapi ikhwah tidur di surau. waktu siang je derang ikut aktiviti keluarga.

mulai malam tu,mulalah kisah dakwah kami.

14 Mac. Rabu.
hari ni semua orang akan buat hal masing-masing dengan keluarga angkat. kami ber ta'aruf masa sarapan. malam tadi dah ta'aruf tapi sekejap je. sangatlah penat! saya menjadi keluarga angkat bersama mualimah zaiton,kak ili dan farihah (kedah). hehe. untung ada mualimah dengan kak ili. lepas tu saya dengan farihah eager sangat nak gi berjalan walaupun family kami suruh rehat je hari tu. at last, sorang abang bawak gi kebun. for the first time pegang,nampak depan mata n makan buah koko. haha.. jakun la sikit. tengahari tu kak rosnah balik dari sekolah. dia amik STPM. 19 tahun. kami panggil kakak.

disebabkan sabah maghrib pukul 6.30, lebih kurng pukul 6 kami dah naik pergi surau. jalan dia memang naik turun bukit je. so,adalah jugak dalam 10-15 minit nak ke surau. penat tu for sure lah. tapi takpe. sikit je. lepas isyak baru balik. isyak pun awal lah,kan. pukul 7.30 lebih kurang dah isyak. then balik,makan malam.

15 Mac. Khamis.
pagi ni kakak bawak pergi kebun derang satu lagi. jauh ke dalam hutan. naik empat bukit. penat toksah cite la weh. dah sampai kebun rehat-rehat dulu,makan tebu fresh. heh. dah nak tertidur waktu tu. tetibe datang rampikut dengan burou,anjing peliharaan family. heh?! asal sampai ke hutan. rupa2nya mak pun datang kebun. dua ekor tu akan ikut mak. dah puas rehat,ikut kakak petik sayur basuh kat mata air (kot) then gerak balik umah. journey pergi adelah dalam sejam lebih. balik pulak,campur dengan dah penat dan tak larat,lapar lagi... 35 minit je! hakhak. the power of mind. sampai rumah kaki dah lembik habes nak naik turun tangga. nasib baik ada mualimah zaiton dengan kak ili. derang yang masakkan lunch. hee. thanks.

maghrib sampai isyak,macam biasa... solat kat surau. kakak pun ikut. haiihhh... boleh kurus kalau sebulan gini. bagus. bagus.

16 Mac. Jumaat.
pagi ni kami para akhawat ajar budak mengaji di surau. lepas ajar ngaji,ajar budak darjah 5 BM pulak. then akhawat lain beransur balik. farihah pun sama. saya tak ikut sebab tengah ajar budak. lastly,tinggal saya,Asma'.hanna dengan dayah. nak masuk zuhur dah. jap. nanti laki solat jumaat kat sini! aduh. nak gi mana ni? then someone said, 'kita solat jelah solat jumaat. 2 rakaat je. hehe. sebelum ni ana pernah jugak solat jummaat. kat UIA.' hu?! sirius? sebab tak pernh buat,cuak sikit. tapi disebabkan curious n thiqah dengan sahabat (haha) layankan aje idea bernas tu. kami pun siap-siap nak solat. ikhwah tengok pelik. haha. biarkan! sementelah lama,khatib pun naik ke atas mimbar. masuk khutbah ke2,kami semua dah tersengguk. haha! nak buat macaam mana.. tiap-tiap hari adala hari yang memenatkan dang mengantukkan. huu. sorilah..

habis solat,rasa jakun pulak. haha. pastu datang farihah dengan faseeha bawak bekal untuk kitorang. wuu T__T lapar. sebenarnya waktu tu tengah meeting dengan ikhwah. untuk family day esok. last minute habis. tapi lama sikit lepastu tangguh sebab masing2 lapar la kot. haha.

rumah kami semuanya jauh2. boleh dibahagikan kepada 3. 1st,atas dari surau. 2nd,dekat2 dengan surau. 3rd, jah bawah dr surau. disebabkan ada 3 rumah yang jauh dari surau,kami sepakat untuk tidak naik lagi solat kat surau. gabung 3 rumah. setiap rumah pulak ayah tak solat. ikhwah pulak ada kat satu rumah je. dua rumah lagi cane? maka,kami bergabung. setiap malam kami 6 akhawat (setiap rumah 2 akhawat) dan ikhwah (ikut suke bape nak datang) solat maghrib,tazkirah,makan then soolat isyak kat rumah2 tersebut ikut giliran. alhamdulillah! n malam ni,rumah tengah dulu. akhawat : 6 orang. ikhwah : 4 orang.


17 Mac. sabtu.
FAMILY DAAY. YEAY! tugas aku : ketua fesi acara dewasa. what?! mana reti. akibatnya,terkulat-kulat n cuak lah sekejap pagi uh. pagi uh memang sume benda kelam kabut sikit. orang yang hadir family kami2 je. takdelah ramai sangat tapi alhamdulillah. dewasa ada 3 games.
1. belon air
2. kelapa bowling
3. bunga straw (mak2) bola tenis (ayah2)

untuk remaja perempuan ada tambahan satu game sebab terlalu lama tunggu turn main bowling kelapa ; pass getah guna straw kat mulut. huu.

alhamdulillah, seems semua orang enjoy hari ni. kami-kami juga! masa main belon air, pasangannya mak angkat n anak angkat. tapi ada je antara kawan. sekali baling,anak angkat akan selangkah ke belakang. macam tulah sampai siapa ddapat bertahan paling jauh. main 2 round.

1st round,mak pecahkan. hehe. takpe. no hal. tapi kami 1st couple yang out dan baru sekali baling! haha.

2d round, setelah tiga kali baling,tiada siapa yang terkeluar lagi. fuhh. TAPI. ada masalah. saya nampak belon kami ada bocor masa mak terjatuhkan tadi. err. takpe.

ikhwah : 'waahh..nampaknya semua hebat2 kali ni. ok,sedia... baling.'

pisshh! lengan,tudung,baju habis basah. sori,mak. saya rasa macam dah sambut cukup lembut n cantik. pressure. pecah habes. AND, kami jugak 1st couple yang out. haha!

habis semua game,kemas2,penutup. then kami gi sungai kat tempat tersembunyi jap. hehe. wonderland ada rang kata.


balik,siap-siap sebab petang uh aktiviti 3 rumah kat rumah hujung pulak. tetibe berbondong lah pulak ikhwah yang datang! takut nasi dan lauk tak cukup je. tapi alhamdulillah setelah dipesan oleh akhawat supaya makan berpada-pada, ada banyak yang lebih. haha.

habis semua, balik umah, tido. penat!

18 Mac. Ahad.
pagi ni saya tengah duk tepi tingkap tulis journal. haha. tetibe mualim dengan keta benti depan umah. cakap kat mualimah.. 'haa. jom. cakap nak gi kundasang.' so,mualimah pun gelabah2 mintak sesiapa teman kan. yelahh... tetibe je . alkisahnya,saya gi teman. keluar dari pukul 9 lebih kurang,balik maghrib! huuh. penat.penat. pagi sampai tengahari kat kundasang. amik2 gambar,beli sayur. tengahari makan kat restoran. journey pergi lebih kurg 2 jam. balik pun sama. what did u expect? huu. petang uh stop kat pekan jap. beli barang untuk surau,hadiah,etc. serious dah penat,tak larat,ngantuk senanye. tapi takleh. kena gi pilih barang jugak. shopping dengan mualim je. huu. on the way balik,dah mula pening. mualim soleh cakap,'tulah...orang lain tido dia tak tido.' huu. memang takleh nak tido o the way pergi n balik. what to do? T__T

sampai umah terus cepat2 letak barang kat dapur,masuk toilet. teka apa yang berlaku seterusnya? muntah. sheesh. hate it. lepastu keluar,nak tolong masak. pening lagi. huu. 1st time mabuk darat. so naik atas,rehat jap. ikhwah pun dah datang. then sequence dia sama macam rumah2 sebelum ni.

if only you knew.

malam. tido. as usual,tired!

19 Mac. Isnin.
pagi ni wartawan datang. dia interview 3 orang je.
1. faseeha (sebab sepupu wartawan utusan melayu kot. haha)
2. Asma' (amirah lkd sabah)
3. Zubair (amir lkd sabah).

dari pagi ke petang akhawat rewang. tapi ada beberapa yang siapkan langsir,montaj,etc. ikhwah pula gotong royong. semuanya di dan berdekatan surau.

malam,peutup kembara. tayangkan montaj ikhwah n akhawat. persembahan ikhwah. persembahan adik2 yang telah ditrain oleh akhawat lagu 'terima kasih guruku'.

malam ni last bersama family angkat. ibu roni dah nangis dari pagi. sampai umah terus tido. tak fikir benda lain dah sebab dari pagi sampai maghrib kat dapur je. marvellous punye penat.

*tiap-tiap hari ada mention penat,kan? haha.


20 Mac. selasa.
lepas sarapan bersama keluarga masing-masing,semua pergi surau. bergambar. then bersalam-salaman. huu. hebat sungguh tangisan. sedih melihatnya. then gerak ke SAR balik. malam ada penutup bersama ikram sabah kat sana. tengahari uh sume pengsan. pukul 2 sume akhawat masuk kelas,ngajar lagu 'terima kasih guruku ! hah. untuk persembahan malam tu. gedebak gedebuk. malam pun tiba. mula macam biasa,ucapan. persembahan dari adik-adik,forum... cakap bahasa dusun! haha. macam thailand pun ada. tapi takpe. it's nice :) then persembahan ikhwah. tutup. sudah...secara rasminya kembara kami berakhir. alhamduulillah 'ala kulli hal.


21 Mac. Rabu.
lawatan ke muzium sabah. dari semalam sume orang cuak. result SPM keluar! so,semua orang tak lekang dengan phone masing2 dari pagi. kat dalam muzium,sorang-sorang dapat kol. ada yang terus diam. ada yang dapat ucapan tahniah dari orang sekeliling. huu. straight A.

lepas tu shopping! haha. gedebak gebuk. bertolak ke airport. makan KFC beramai2. akhirnya jumpa burger. haha. TAPI. apa boleh buat... perut ini tidak boleh menerimanya. dikeluarkan kembali T__T sedih je. sorilahh... dahlah orang belanja.

lepastu masuk depart. platform sama dengan yang gi KL . ingatkan boleh jumpa dulu tapi tak sempat ;( derang kena terus naik flight. patutnya salam je awal2. huuu.

at last,sampai JB! alhamdulillah. alhamdulillah. sungguh saya rasa beruntung dapat pergi. walaupun pada awalnya ada secebis rasa tak nak.


kisah saya ni sebenarnya mengandungi banyak hikmah. mereka yang bijak akan sentiasa mengintai hikmah,bukan?

bila segalanya berpaksi kepada Allah, jalannya menjadi terang.

bertemu dan berpisah itu lumrah. tapi bila diniatkan kerana Nya,kesakitan itu kurang.

betapa perlunya bersama dengan orang berfikrah sepanjang perjalanan hidup ini. kenapa? andai tersasar,mereka akan tarik kembali. andai tersalah,mereka akan membetulkan. andai bersedih,mereka akan memujuk dengan penuh hikmah. sungguh,aku bersyukur. terima kasih tak terhingga semua.

dan yang paling penting,dakwah. kenapa kita nak tinggalkan seruan dakwah bila syurga menanti di penghujug laluan kita? ameen.

there still just too many good things that we can take. the rest, is up to you :)




even now, i like LKD Kembara Dakwah a thousand times. or perhaps,infinity!

*kak Nadia. special for you. hehe. siap sudah. fuuh!



bermulanya kembara kami.

kelas mengajar (fardhu ain,membaca,menulis,melukis,BM)
penat bah naik bukit. tumpang kereta !


proses arak tradisional. baru kutahu.
rewang. serious penat n havoc.

mak nangis :(




kelas.


benti tepi jalan untuk amazing shot. haha.
last shot kat SAR.


[video ikhwah.]


[video akhawat.]

Wednesday, February 8, 2012

Tioman !


Assalamualaikum...

4-6 febuari 2012 kami sekeluarga besar [tak cukup semua] pergi bercuti ke Pulau Tioman,Pahang. ohh! totally fell in love with the beach.

kami bertolak awal pagi kerana feri bertolak pukul 6. nak kena kejar masa. memang ngantuk. dalam feri tido je. zzz.. setelah dua jam,kami sampai Pulau Tioman. hari pertama kami tiada aktiviti apa-apa melainkan mandi pantai dari pukul 3 lebih sampai pukul tujuh tak silap. wee~ tak ingat bila last time mandi pantai.

hari kedua kami pergi snorkeling. dua tempat kami pergi termasuk ke pekan kat pulau tu. memang pengalaman yang menguntungkan! huaa~ ikan sangatlah cantik. tapi ada beberapa orang yang cedera. kena obor-obor dan landak laut. dari pagi sampai pukul 3 [tak silap] baru kami sampai tempat penginapan kami.

tapi lepas tu ada yang nak gi snorkeling kat pantai lagi. saya ikut. syok punya syok... then,I lost the mask!! TT___TT sangat serba salah kepada semua adik,kakak-kakak,sepupu-sepupu yang cari. sampai ada yang kena obor-obor TT__TT sorry sangat-sangat! wuu. sampai pukul 7 kami naik. empty hand. sob. sorry abah..made u paid RM80 for the loss.

even now,i feel guilty to all thoose people. i'm so sorry! TT__TT
yet, thank you so much! i could never repay you guys.

that night,i gave abah money for the payment but abah didn't want to take it [of course] and that make me feel more guilty because no one mad at me...thoose who do the search and abah who had to pay.... TT__TT [tapi kalau kena marah lagi sedih!] ohh! except adik. when he heard i said to abah i lost the mask, he said : "ishh... kak su ni! menyusahkan orang je!!" he yelled!


esoknya, pagi-pagi lagi kami bangun,siap-siap dan bertolak ke jeti. tunggu feri. tunggu punya tunggu feri tak sampai lagi. semua orang dah amik wudhu' awal-awal so kami solat kat jeti tu. orang lain tengok-tengok jugak. but o well. solat jelah. on thoose minutes,i felt something. undescribe. proud,i suppose. :)


so,that's it. our vacation end. hope next family trip will coming soon since i'm quite free now :D

Pulau Tioman.Big Family. Love.Love.Love. !!!




Friday, January 20, 2012

18th.

Assalamualaikum.

Ehhe. not much to say. other than

THANK YOU!

to each one of you. for real :')



Alhamdulillah,sempat hidup sampai 18 tahun.

Wassalam.

Sunday, January 15, 2012

Adik's homeowrk

Assalamualaikum.

Hari rabu/khamis yang lepas,adik kata dia ada banyak homework.
Saya tengah lipat kain sambil tengok cerita (hehe) kat dalam bilik belajar.
Adik pun buatla homework dia kat atas meja,saya pula lipat sambil tengok cerita.

Part lawak. saya gelak.

"Kak su...! diamlah sikit,adik nak buat kerja ni...!"

sheesh. "ok,ok. kak su pakai headphone."

Saya sambung tengok sambil lipat. Dia sambung buat homework.

Part lawak lagi. saya gelak lagi.

"Kak su....!! kalau kak su bising macam mana adik nak buat kerja! "

cet. "ok,ok. sori,sori. kak su diam. tak ketawa dah." sheesh.

So,lepas tu saya memang tahan gelak bila ada part lawak -_-'

"Yeay,adik dah siap dua kerja!"

ceh. ingatkan banyak sangat. dia mungkin teruja kot 1st time dapat homework sekolah rendah.

Wednesday, January 11, 2012

outdoor.r2s2.

Assalamualaikum.

Kelmarin baru balik dari camping kat Gunung Ledang. 1st program untuk R2S2.
Disebabkan angin yang sangat kuat,kami tak dapat naik gunung. Tukar dengan jungle treckking yang mencabar. Resort = palang. huhu.

Overall,program ni memang superb. Rasanya tak pernah lagi sakit satu badan gi camping sebelum ni. Belajar sangat banyak benda (of course).

Satu perkara yang tak pernah terlintas kat fikiran untuk berlaku dalam hidup terjadi masa malam kedua.

Peserta perempuan hanya dibahagi kepada dua kumpulan. Pada malam tersebut,setiap kumpulan diberi hanya 15 minit untuk berbincang tentang persembahan yang akan diadakan selepas itu.

Setelah kedua-dua kumpulan buat persembahan,giliran fesi pula membuat persembahan. Setelah itu, Umi Cu (pengarah program) kata dia akn panggil sorang untuk buat persembahan. Semua orang dah gelabah sikit. 'sorang-sorang je? aiihh..'

Lepas tu umi Cu pun buat persembahan. hehe, Umi Cu sporting habis! Lepas tu Umi Cu pun amik reg form,tengok nama semua orang.

"ok,orang yang akan membuat persembahan ialah nama yang ke-12. Haa...siapa yang masa tulis tadi no.12?"

'Hu? alamak. Aku tulis no.12 ke 13 tadi? adeh.'

"Ok,nama dia..."

"nanti Umi Cu. Baca i/c dia. Haa..baca dari belakang." (salah seorang fesi)

"Hehe. baiklah,i/c dia dari belakang.. 8.. *.. *...*.... [sampai habis]"

'Alamak,aku nak kena bangun ke ni?'

"Haa...siapa punya i/c tu?"

*angkat tangan.

"Ok,nama siapa?"

"Fitriyyah."

"Dipersilakan Fitriyyah untuk buat persembahan.....hehe"

Aku dah gelabah. Tapi still berdiri dan gerak ke depan. Adui...nak buat persembahan apa ni?!

So,kawan kawan pun bagi cadangan untuk tolong.

"Kawad!"
"Lagu KRS!"
"Pattern,pattern!"

paling tak leh handle ;

"Mr.Taxi!"

=_='

so,dalam keadaan gelabah untuk fikir,saya rasa saya boleh buat satu benda je ; BASED.

huhu. Ada fesi kata boleh ajak sorang teman. So,Khadijah diajak. Alang-alang ada 2 orang,kami buat elak guna masa PRINT hari tu.

Fuuhh! selesai sudah persembahan ntah pape tu. Tak berapa nak menjadi sebab tak ingat sangat step n gelabah. T_T

Lepas tu Umi Cu cakap ada hadiah nak bagi saya. he? nak kena bagi ke? x yahlah...

"Ok,hadiah boleh masuk sekarang."

serentak hadiah masuk,orang sekeliling nyanyi ;

"Allah selamatkan kamu.....Allah selamatkan kamu..."

HU?!~

Diam.
Muka tak tahu dah jadi bentuk apa.

"Tapi kak,birthday ana lambat lagi."
akak bawak kek tu cakap,
"takpe. sambut awal. hehe."

thanks,Kak Hajar.

T__T terharu je. Zillion of thank you to each person that've been there.
Sebelum ni,masa sekolah mana sempat orang nak buat apa-apa. Yelah,awal sekolah. Lepas tu tak kanlah nak bagitahu orang kot birthday. Huhu.

Again,lots of thank you! take it as the stars.

Wassalam.


Friday, January 6, 2012

Adik: 2nd day,1st time.



Assalamualaikum.

Semalam adik 2nd day di sekolah rendah tapi 1st time balik naik bas. Hari pertama tu umi suruh amik dia. Akibatnya,dia ngamuk nak naik bas. -_-'


Saya dengan kak cik sampai nak dekat 1.30 sebab umi suruh datang awal,takut bas datang awal. Saya pun lintas jalan dan masuk je perkarangan sekolah,nampak adik. Dia tengah tunggu kat pondok guard.


"Kak su,tu ke bas adik?" sambil tunjuk dekat Sabar 2.
"Bukan."

Dia pun sambung main dengan kawan. Pastu datang balik.

"Kak su,tu ke?" sambil tunjuk Sabar 3/4. tak ingat.
"Bukan."
"Nanti kak su panggil adik,tau."
"Ye.Jangan gi jauh."

Pastu dia lesap pergi sebalik bangunan.

Tetiba dia muncul dan dari jauh dia tunjuk2 dekat bas yang sama tadi.
Saya geleng.
Dia gi main sebalik bangunan lagi.
Dia muncul balik. Tunjuk2 lagi dari jauh.
Saya geleng lagi.

Haiihh.... asyik tanya bas yang sama je. Dia tengah excited t
api takut. Pagi tu dia ada cakap kat umi. "umi. Nanti tengok tau adik naik bas. Nanti adik gi tempat lain pulak."

Lama lepas tu tahap 2 dah habis solat.Derang kena beratur ikut bas kat bawah. Saya suruh adik dengan kawan dia pergi.

Lama lepas tu Pak Din 4 sampai. Saya cari2 barisan budak yang naik Pak Din 4 tapi tak jumpa. cari punya cari tetiba adik ada kat depan. huh?
"Kak su,mana bas adik ni? yang tu ke?" Muka dah gelabah.
"Adik gi turun bawah,beratur."
"Kak su,yang tu ke? Yang mana ni?" Muka dah kelat.
"Ok,ok. Adik gi beratur, kak su gi tanya jap."

Lepas confirm adik naik bas tu,saya gi balik tempat saya berdiri tadi. Tengok ada ustazah suruh adik beratur kat bawah. Adik cakap macam gagap sikit pastu tak jelas. Muka memang macam dah nak nangis.

"Oh,adik nt ke?"
"Ha'a,ustazah. *senyum* Adik,gi beratur. Adik naik Pak Din 4,tau."
"Kak su naik sekali,kan?" Muka dah gelabah.
"Kak su tak naik la dik."
Tetibe ternampak Sufi. Jiran,darjah 4/5.
"Haa...Sufi. Tolong jaga Faisol,ea."
"Ha." Terus amik adik beratur depan dia.
Hehe. terima kasih ye,Sufi.

Saya pesan kat adik nanti cakap kat pakcik turun kat Jln Sejahtera 19.
Bila dah nak naik bas tu adik datang kat saya.
"Kak su jalan ape dah?" Muka macam cuak.

Bila adik naik,saya nampak dia lama kat pakcik tu. Bagitahu jalan. Saya rasa dia tengah gagap pastu asyik ulang perkataan. Haha. Adik,adik.

Yang bagusnya adik ni,kawan dia lain semua baju dah terkeluar,memang serabai la jugak. Tapi dia still smart,tuck in macam masa nak gi sekolah. huhu.


Adik dan kawan tengah tunggu bas.Depan saya -_-'

Muka gelabah nak naik bas.




Itu dia budak smart. Kemas lagi,bukan? Maaflah. kualiti gambar kurang. Phone saya biasa-biasa je. huhu.

Wassalam.






Saturday, December 31, 2011

new life ;)

Assalamualaikum.

memandangkan esok sudah masuk tahun baru,saya nak flashback hidup saya sepanjang menjadi high schooler.

2007 - Form 1

oh,tahun paling ntah pape dalam hidup. mengarut je semua benda. semua benda nak main-main. alamatnya,menyesal tak sudah. tahun ni jugak tahun saya jadi budak nakal -_-' memang nakal sangat tapi best sebab terlepas. hehe.

2008 - Form 2

saya sudah bertaubat T_T tak nak dah jadi nakal. pada hari kedua/ketiga sekolah,kaki tiba-tiba bergerak ke bilik guru dan meminta untuk masuk tahfiz! saya betul-betul rasa macam ada orang kawal saya waktu tu. Alhamdulillah,saya dapat masuk. Pada tahun ini juga saya mengenal erti ukhuwwah yang sebenar. Thanks, friends!

2009 - Form 3

Saya dah keluar dari tahfiz. untuk fokus PMR katanya. umi kata,next year nak masuk tahfiz balik,boleh. woo. saya reject awal-awal. hidup sangat terumbang-ambing waktu tu. Tahun ni,saya sedar tahap kebergantungan dan usaha saya macam mana. Alamatnya,PMR saya jadi begitu. Saya sedar itu salah saya sendiri. Pada tahun ini juga saya mengalami ketakutan yang luar biasa. Tak leh duduk sorang walau sekejap,setiap hari terbangun antara pukul 3-4 pagi sampai satu hari tu saya terbangun setiap 10 minit! Tapi nasib baik perkara ni hanya selama 2/3 bulan. Bagaimana dan kenapa,panjang lebar pulak jadinya nanti. Pendek kata,ada seorang kawan saya turut sama-sama mengalaminya. Kami saling menguatkan antara satu sama lain kerana orang lain tak mungkin faham apa yang kami rasa waktu tu.. Thanks,you!

2010 - Form 4

ouh. tahun paling hectic! rasa macam tak cukup tanah untuk berlari. tak cukup udara untuk bernafas. sentiasa berkejaran dengan masa. jadul kerja penuh dengan aktiviti sekolah. saya sangat susah untuk seimbangkan antara pelajaran dan kerja. sangat rasa serba salah dengan semua guru yang mengajar. Tahun ni jugak masalah datang dari setiap penjuru,setiap inci dan setiap ruang yang ada. Sakit bukan kepalang. Dkhianati itu perkara biasa tahun ni. Saya juga mengambil masa setahun ini untuk recover dari down sebab PMR. punyalah lemah sampai setahun baru boleh berdiri semula. Tahun paling banyak mengajar saya erti kehidupan,ukhuwwah dan pengorbanan. Despite the fact that i've been hurt badly, i become the new me. stronger and wiser. Alhamdulillah.

2011 - Form 5

aha! last year that have been waiting for. Memang hidup tahun ni penuh tentang SPM je. of course lah kan. Tapi tahun ni jugak segalanya akan menjadi yang terakhir. Tahun ni perasaan memang bercampur baur. Sayang nak tinggalkan adik-adik,sayang nak tinggalkan sekolah,takut untuk hadapi dunia luar,etc. macam-macam yang difikirkan. Even ada sorang dua kawan dah fikir untuk kahwin -_-' for real. eheh. Tahun yang paling best sebab makin rapat dengan ahli batch. semuanya dilakukan bersama. we strive together. we fall together. We even scared together. haha. setelah lima tahun bersama,sudah tiba masanya untuk kita berpisah. Tapi saya tak menganggap ianya sebagai perpisahan kerana bagi saya, ianya cuma jalan yang dihadapi setiap orang berbeza. masing-masing mengejar cita-cita.


So,that's it. 5 tahun di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Semua kenangan yang pahit telah menjadi manis. Yang manis apatah lagi.

Sekarang ni saya sangat takut dan dah rasa berdebar dari sekarang untuk tahu result. What if i didn't get what others have been hoping for? saya akan kecewakan mereka sekali lagi! sungguh saya tak sanggup T_T

Saya mohon untuk mendoakan kami,B13 mendapat yang terbaik dalam hidup kami.

Thanks!

for now,i've been looking forward for my new life ^_^

Wassalam.

Wednesday, October 26, 2011

19 DAYS

Assalamualaikum.

Dah berbulan tak bertinta disini.

Yes. Tinggal lagi 19 hari sebelum SPM.

Semakin hampir,semakin banyak dan besar ujian yang menimpa.

Maka,di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua yang membaca. Kesilapan yang tidak disengajakan mahupun tak terperasan. Maaf!

Mohon juga doakan kejayaan saya dan sahabat.



Masa saya menghadapi kematian yang kedua, a friend told me :

"Sabarlah. Pada akhirnya awak akan merasai kegembiraan atas kesedihan awak kali ni."

kerana kata-kata tu,saya menjadi tenang.
:) Thank you!

remember,

"If Allah brings you to it,He will brings you through it."
Quartet.

I do believe in Him.

do you?

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan :)

Assalamualaikum..

Ramadhan kali ni rasa lain.

terasa ruh Ramadhan berbanding tahun lepas.



ehm.esok dah sekolah.

saya dah penat. x_x

tapi tinggal 4 bulan je lagi!

umi said,"sabarlah,sikit je lagi. nanti lepas SPM buat lah apa kaksu nak buat.pergilah mana kaksu nak pergi."

tapi,saya trauma nak periksa besar. Ya Allah,bantulah hambamu.

lepas SPM? *takut untuk memikirkan.


Happy Ramadhan and may this Ramadhan purify our heart.
Wassalam.

Wednesday, June 8, 2011

adik's opinion

Assalamualaikum...

umi and abah away for two weeks,gi umrah.

tengahari tadi saya tanya adik,

"Adik tak rindu umi ke?"

Adik terus jawab,

"Apesal? Tak boleh ke?"

mak aii...ego tak agak budak ni. pernah sekali tu sampai dia ngigau sebut umi. sedih tengok adik macam ni. tapi tadi dah tak rasa kesian sangat dah sebab saya tanya dia,

"Adik.Adik takut kak su marah ke?"
*adelah perkara yang terjadi.

Adik jawab,

"Yelah.Kak su bila marah macam harimau."

Adeh. budak ni suka cakap lepas. tapi takpe. sekurang-kurangnya dia jujur. tahun lepas dia cakap saya macam kak Ros. hu? garang sangat ke saya ni? rasanya tak :D hehe.

dah.blank.


Wassalam.

Sunday, June 5, 2011

Mukhayyam Tingkatan 5

Assalamualaikum.

hehe. dah berhari-hari balik tapi baru sekarangt nak post.

Alhamdulillah kami selamat menjalani mukhayyam yang terakhir ini.

"Saya percaya B13 ini akan menjadi seunik yang mungkin."
-Ustaz Hasanuddin

"What we are today,are what our action from the past."
-Pak Cik KBT

"Kelemahan individu adalah kekuatan bagi yang lain."
-Kak Aminah

"Masih ada waktu untuk berubah.Masih ada waktu untuk menjadi yang terbaik di kalangan terbaik.Masih ada waktu untuk bersama kawan-kawan."
-Akh Talhah

"Hidup kita adalah satu perjuangan.Maka,hiduplah sebagai seorang pejuang.Antum adalah singa-singa yang kami harapkan."
-Ustaz Taufik

"bila nak cari sahabat,kalau dia tak setia,tak payah bersahabat dengan dia.Identiti kamu yang pakcik jumpa adalah sahabat yang setia dan mudah mengucapkan terima kasih.Lepas ni kalau nak suruh pak cik masak untuk kamu,pak cik sanggup." -Pak Abu


beberapa ucapan yang sempat saya note down semasa akhir mukhayyam.

perasaan saya bercampur baur. kurang dari 20 minggu saya akan tinggalkan sekolah.

ada orang tu kata :

"Jom kita gegar sekolah dengan SPM!"

Mohon doa' bagi mereka yang sudi. kami,B13 ingin tebus PMR dengan SPM. hadiah buat sekolah. Insya-Allah,Ameen.

Ya Rabb,kau redhailah perjuangan kami ini.

Friday, March 18, 2011

pulang.

Assalamualikum...

hari ni mereka akan pulang. ^__^

semoga kalian menjadi mujahidah sejati,yang mampu menegakkan Islam di mana kalian berada. My prayer will always be with all of u.

saya tunggu di rumah jelah,ye. hehe.

Thursday, March 17, 2011

near.



Assalamualaikum.

semalam tak sempat nak post. jika semalam, lagi dua hari. :)



"Bulan cantik sebab cahayanya,bukan?"
"Bagaimana bulan tanpa cahaya?"

"Buruklah. Banyak kawah. Kelabu hodoh."
tersenyum.

"Cahaya bulan,datang dari mana?"

"Matahari.Bulan memantulkan cahaya matahari."

"Ya.Begitulah kita.Islam ibarat matahari.Kita ini hakikatnya buruk.Dengan Islam,kita bersinar unggul."

"Memantulkan cahaya Islam?"
mata membesar.

-novel Matahari,cerpen Bulan.



mereka dah gotong royong,agaknya.
ehe. sehari je tinggal. esok penentu!
Allah pilih yang terbaik,YAKIN!


tetibe teringat dialog ni..

"Ican't leave my man.."

*dialog cerita 'heroes'. si dia berjuang masa perang hingga terkorban kerana selamatkan kawan.

so,as for me..

"I can't leave my girls.."


tapi redha Allah terletak pada ummi.
baik,saya dengar,patuh dan taat.
sori Lina!



promote sikit...


Sahabat. perkataan yang menyentuh hati. Mungkin kerana pernah terluka,saya lebih faham apa itu erti sahabat.


Thanks,cik! for the novel. ^__^

Tuesday, March 15, 2011

mereka.

Assalamualaikum.


[dia] [saya]

"janganlah risau sangat."
"mana boleh tak risau."
"ok...ok."


"piah jangan nangis,ea."
niatku hanya mengusik.
"mm..kalau bergenang boleh?"
tak sangka. saya hanya tersenyum sambil mengangguk.
tetapi ternyata, dia menangis di luar penglihatanku.


"akak,ana nak nangis."
"nangis jelah...hehe."
"mana boleh..ada banin."
"ok..ok. dalam bas nanti ea.."
"ok..waktu bye-bye nanti akak tengok."

"akak pergilah sekali..."
"ana nak pergi buat apa..."
senyum kelat.

*si dia adalah empat orang yang berbeza.



semua kata-kata tersebut seolah-olah terngiang-ngiang. atau..mungkin hanya di fikiran saya sahaja.

pada hari pertama,hampir setiap jam saya akan fikirkan mereka.

pada hari kedua,kurang tiga jam saya akan teringat mereka.

heih... saya harus belajar melepaskan. akan tiba saatnya saya akan meninggalkan mereka,meninggalkan sekolah. saya harap saya akan cukup kuat untuk menghadapinya.

jujur saya katakan,saat ini saya belum mampu untuk berpisah dengan mereka.

TIME IS A GOOD HEALER.

seiring masa berjalan,saya tahu yang saya akan dapat biasakan diri dengan keadaan yang mendatang. seringkali saya biarkan masa mengubati segala duka.

mereka sedang kuliah/taklimat agaknya.
3 hari lagi...terus BERTAHAN!
:)

"cintaKU berhak untuk orang yang bercinta keranaKU"
(hadis riwayat ahmad)