petang semalam,adik tiba-tiba datang menghampiri pastu dia amik penanda buku.
"kak su, ni apa?"
sambil melihat di tangannya,
"oh,ni penanda ..."
tanpa menyebut ayat terakhir ialah buku,saya terus sambung membaca.
"oo..maknanya kalau nak b***k letak benda ni,ea?"
terkesima.
"HAHAHA!!!"
itulah budak-budak.telus.tanpa mengira sebab dan akibat,dia akan bagitahu dan melakukan apa yang terlintas di fikiran. Ye,budak-budak selalunya jujur. tetapi itu mungkin kerana mereka tidak cukup bijak lagi untuk menipu. sebagai bukti..
Pada suatu pagi..
"Adik...adik dah mandi belum?"
"Dah.." *dengan muka bajetnya.
"oh..ye? siapa mandikan?"
"Adik mandi sendirilah."
"he? tapi adik pendek. shower tu tinggi.... hmm..."
"hehe.."
"Pergi mandi sekarang!"
___________________________________________________
Adik,jadilah jundullah yang bertakwa.
Sungguh,saya sangat tertarik dengan rijaluddakwah.maksud saya,perkataan itu.
Wassalam.