Wednesday, June 8, 2011

adik's opinion

Assalamualaikum...

umi and abah away for two weeks,gi umrah.

tengahari tadi saya tanya adik,

"Adik tak rindu umi ke?"

Adik terus jawab,

"Apesal? Tak boleh ke?"

mak aii...ego tak agak budak ni. pernah sekali tu sampai dia ngigau sebut umi. sedih tengok adik macam ni. tapi tadi dah tak rasa kesian sangat dah sebab saya tanya dia,

"Adik.Adik takut kak su marah ke?"
*adelah perkara yang terjadi.

Adik jawab,

"Yelah.Kak su bila marah macam harimau."

Adeh. budak ni suka cakap lepas. tapi takpe. sekurang-kurangnya dia jujur. tahun lepas dia cakap saya macam kak Ros. hu? garang sangat ke saya ni? rasanya tak :D hehe.

dah.blank.


Wassalam.

Sunday, June 5, 2011

Mukhayyam Tingkatan 5

Assalamualaikum.

hehe. dah berhari-hari balik tapi baru sekarangt nak post.

Alhamdulillah kami selamat menjalani mukhayyam yang terakhir ini.

"Saya percaya B13 ini akan menjadi seunik yang mungkin."
-Ustaz Hasanuddin

"What we are today,are what our action from the past."
-Pak Cik KBT

"Kelemahan individu adalah kekuatan bagi yang lain."
-Kak Aminah

"Masih ada waktu untuk berubah.Masih ada waktu untuk menjadi yang terbaik di kalangan terbaik.Masih ada waktu untuk bersama kawan-kawan."
-Akh Talhah

"Hidup kita adalah satu perjuangan.Maka,hiduplah sebagai seorang pejuang.Antum adalah singa-singa yang kami harapkan."
-Ustaz Taufik

"bila nak cari sahabat,kalau dia tak setia,tak payah bersahabat dengan dia.Identiti kamu yang pakcik jumpa adalah sahabat yang setia dan mudah mengucapkan terima kasih.Lepas ni kalau nak suruh pak cik masak untuk kamu,pak cik sanggup." -Pak Abu


beberapa ucapan yang sempat saya note down semasa akhir mukhayyam.

perasaan saya bercampur baur. kurang dari 20 minggu saya akan tinggalkan sekolah.

ada orang tu kata :

"Jom kita gegar sekolah dengan SPM!"

Mohon doa' bagi mereka yang sudi. kami,B13 ingin tebus PMR dengan SPM. hadiah buat sekolah. Insya-Allah,Ameen.

Ya Rabb,kau redhailah perjuangan kami ini.

Friday, March 18, 2011

pulang.

Assalamualikum...

hari ni mereka akan pulang. ^__^

semoga kalian menjadi mujahidah sejati,yang mampu menegakkan Islam di mana kalian berada. My prayer will always be with all of u.

saya tunggu di rumah jelah,ye. hehe.

Thursday, March 17, 2011

near.



Assalamualaikum.

semalam tak sempat nak post. jika semalam, lagi dua hari. :)



"Bulan cantik sebab cahayanya,bukan?"
"Bagaimana bulan tanpa cahaya?"

"Buruklah. Banyak kawah. Kelabu hodoh."
tersenyum.

"Cahaya bulan,datang dari mana?"

"Matahari.Bulan memantulkan cahaya matahari."

"Ya.Begitulah kita.Islam ibarat matahari.Kita ini hakikatnya buruk.Dengan Islam,kita bersinar unggul."

"Memantulkan cahaya Islam?"
mata membesar.

-novel Matahari,cerpen Bulan.



mereka dah gotong royong,agaknya.
ehe. sehari je tinggal. esok penentu!
Allah pilih yang terbaik,YAKIN!


tetibe teringat dialog ni..

"Ican't leave my man.."

*dialog cerita 'heroes'. si dia berjuang masa perang hingga terkorban kerana selamatkan kawan.

so,as for me..

"I can't leave my girls.."


tapi redha Allah terletak pada ummi.
baik,saya dengar,patuh dan taat.
sori Lina!



promote sikit...


Sahabat. perkataan yang menyentuh hati. Mungkin kerana pernah terluka,saya lebih faham apa itu erti sahabat.


Thanks,cik! for the novel. ^__^

Tuesday, March 15, 2011

mereka.

Assalamualaikum.


[dia] [saya]

"janganlah risau sangat."
"mana boleh tak risau."
"ok...ok."


"piah jangan nangis,ea."
niatku hanya mengusik.
"mm..kalau bergenang boleh?"
tak sangka. saya hanya tersenyum sambil mengangguk.
tetapi ternyata, dia menangis di luar penglihatanku.


"akak,ana nak nangis."
"nangis jelah...hehe."
"mana boleh..ada banin."
"ok..ok. dalam bas nanti ea.."
"ok..waktu bye-bye nanti akak tengok."

"akak pergilah sekali..."
"ana nak pergi buat apa..."
senyum kelat.

*si dia adalah empat orang yang berbeza.



semua kata-kata tersebut seolah-olah terngiang-ngiang. atau..mungkin hanya di fikiran saya sahaja.

pada hari pertama,hampir setiap jam saya akan fikirkan mereka.

pada hari kedua,kurang tiga jam saya akan teringat mereka.

heih... saya harus belajar melepaskan. akan tiba saatnya saya akan meninggalkan mereka,meninggalkan sekolah. saya harap saya akan cukup kuat untuk menghadapinya.

jujur saya katakan,saat ini saya belum mampu untuk berpisah dengan mereka.

TIME IS A GOOD HEALER.

seiring masa berjalan,saya tahu yang saya akan dapat biasakan diri dengan keadaan yang mendatang. seringkali saya biarkan masa mengubati segala duka.

mereka sedang kuliah/taklimat agaknya.
3 hari lagi...terus BERTAHAN!
:)

"cintaKU berhak untuk orang yang bercinta keranaKU"
(hadis riwayat ahmad)

Monday, March 14, 2011

rest.

Assalamualaikum.

hectic two weeks. tetap paksa untuk terus melangkah. akhirnya,kemanisan semalam datang bersama hujan kecil. :)

_____________________________

kenapa masih ada yang mempertikaikan perkara kecil?
tak malu ke meminta-minta dan mengadu hanya kerana tidak dapat apa yang dihajati?
tak rasa ke yang DIA belum mahu memberi kerana belum cukup layak untuk mendapatnya?

heih...saya cukup tak faham dengan orang macam tu. kalau macam tulah sikap mereka,secara tak langsungnya mereka sendiri yang menunjukkan bahawa mereka sememangnya belum cukup berkualiti untuk mendepat perkara tarsebut.

live on. bila kita tak dapat sesuatu,anggap jelah belum tiba masanya lagi untuk kita dapat atau kita tak cukup layak untuk dapat. simple,kan? kalau dah set fikiran macam ni awal-awal,tak delah menyusahkan ORANG LAIN. ingat! hidup kat dunia ni bukan sorang-sorang.


Hanya mereka yang tahu,akan merasai dan hanya mereka yang merasai,akan memahami.



what done is done. saya pun tak kuasa nak layan benda kecik macam ni. banyak lagi benda besar yang nak difikirkan. cuma satu pesan saya pada mereka, JANGAN SUSAHKAN ORANG LAIN!

_____________________________________

jundi-jundi tengah pasang khemah agaknya,ya? :)
waiting for you guys,patiently.
4 days to go... KUAT!


Ya Allah,
sungguh aku sayang mereka hanya keranaMU.
Maka ya Allah,kekalkanlah rasa ini hingga ke syurga.
Ameen,ya Rabb.

Monday, February 7, 2011

try to smile

Assalamualikum...

should be in class now :)

blog tqah.sahabat.

sungguh,bila ukhuwwah atas dasar iman dan keranaNya segala-galanya menjadi manis.baru sehari cuti dah rasa rindu.aih...macam mana bila habis spm nanti?

Allah..bantulah aku harungi perpisahan itu nanti.

sahabat,kita berukhuwwah sampai ke syurga,ya?
Ameen,ya Rabb.