Wednesday, November 17, 2010

Formspring

Assalamualaikum.

tak tahu macam mana terdetik nak buat.

mungkin sudah sampai seru ;)

dakwah banyak cara semestinya.

Moga Allah bersama dalam setiap langkahku.
Bukan. bukan Allah yang tidak bersama.
Tetapi diri sendiri yang menjauh.

ya Allah... jangan biarkan aku jauh dariMu.

_____________________________________________

masa kem,ada sorang sahabat ni selalu nyanyi lagu terima kasih guru. jadi suka pulak. tapi..versi dia lagi best sebab dia dah modified. haha~


salam eid adha.

Wassalam.


Sunday, November 14, 2010

kem qiyadah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,alhamdulillah kerana diberi peluang untuk menyertainya.

Kem ni banyak menjelaskan lagi kepada kami akan tanggungjawab.
Dan sungguh,manusia memang harus selalu diperingatkan.

Saya belajar sangat BANYAK benda.
Dan setiap perkara semakin jelas pada penglihatan saya.
Dan saya juga baru tahu rukun baiah. terasa kerdil dan jahil je T__T

Terima kasih yang tak terhingga kepada uztaz,ustazah dan para fasi.
Tanpa kalian,tidak mungkin kami mendapat ilmu yang diberikan.

Maaf.Maaf andai kami tidak seperti yang diharapkan.
Insya-Allah,kami akan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari pada tahun depan.
Doakan yang terbaik untuk kami,ye.
Kami ingin sangat menjayakan transformasi hidayah.

Juga terima kasih kepada pemberi nota cinta. :)
Sungguh,tanpa kamu memberitahu,tidak mungkin saya tahu kesalahan saya.
we're no angel,right? tentu saja ada kelemahan.

Qiyadah sayang,kita memang tidak boleh capai tahap kesempurnaan.
Tetapi kita boleh menjadi yang terbaik,bukan?

Moga semangat yang kita ada lepas kem ni kekal sampai kita kembali bertugas tahun depan. err. walaupun ,macam mustahil tapi kita kena saling ingat-mengingatkan. dengan itu, saf kita menjadi kuat.

O Allah,thanks for everything.

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" - Al-Baqarah, 44


saya tak hebat. oleh itu,saya sangat perlukan orang yang hebat seperti anda semua untuk tolong saya.

"Moga usaha kita yang sedikit mendapat redhaNYA."

Terima kasih.

Wassalam.



Wednesday, November 10, 2010

Assalamualaikum.


"ey,keluar cepat!"

"apa ni?! dah belum?"

"eh,belum..belum!"

*3 situasi yang berbeza.


haha. chaos! but we did ENJOY ourself there.

but,guys.

sorry for the music. haha~
lagu yang diplay, distopkan tetibe.
tetibe lagu yang tak sepatutnya bunyi dulu dah terplay.

quite ruin the drama,right.
sorry again.

tetibe rasa sedih class ni dah habis.
walaupun sebelum ni ada rasa class ni ganggu rehat,etc sikit.
tapi tulah nikmat yang hanya akan terasa bila ianya dah pergi.

tahun depan form 5!
oh,tidak.

Wassalam.

Saturday, October 30, 2010

story to share

Assalamualaikum.

Tadi tengok-tengok iluvislam.
Jumpa artikel tentang panduan memilih jodoh.
Tapi saya rasa nak kongsi cerita lain.
Walaupun saya tahu..ramai banat form4 nak tahu pasal artikel yang pertama,kan.

"begin with the end in mind."


Kisah seorang lelaki tua dan tiga anaknya.

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben.

Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung.

Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberimakan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap.

Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah.

Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan.

Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yangdijawab Anis? "Minta maaf lah ayah.

Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan.

Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.

"Baiklah kalau begitu"jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal.

"Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.

Menyesallah dihatinya keranatidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek.

Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Moral: Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,Anis ialah ANAK-ISTERI, danAmsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal.

Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal.

Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).

Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima .

END.

mungkin anda mahu membaca sendiri?

setiap perkara yang terjadi,ada sebabnya.
kitalah yang perlu mengintai dan mencari,
hikmah yang tersembunyi.

back to qurantine mood. >_<'

Wassalam.

Tuesday, October 26, 2010

Final exam!


Assalamualikum...

first day had passed.
3 papers had passed.
Alhamdulillah..

still about 10 days and 22 papers waiting to be written (including KRS)


I've been forgetful lately.

risau macam mana nak jawab periksa.

saya harap triple rajin bersama saya sepanjang dua minggu lebih ni dan sampai SPM!

saya tak nak jadi macam sebelum ni.

sakit.

banyak faktor kenapa benda tu jadi.

dan saya akan cuba mengambil langkah paling berjaga-jaga agar tidak berulang dua kali.


Wassalam.


Sunday, October 17, 2010

-_-

Assalamualaikum...

Time is a great healer.


Kamu tahu?

berapa lama hati ini sakit?

ye,mesti kamu tak tahu. sebab saya tak pernah bagitahu.

saya akan cuba bertahan selagi mampu.

tapi.. saya kan manusia juga. punya PERASAAN!

saya simpan rasa tu kerana tak nak keruhkan lagi keadaan.

bagi saya tu semua hal kecik!

tak terbanding dengan ukhuwwah kita selama ni.

saya harap kamu faham.

silent doesn't means nothing.


hairan.

manusia kerap kali tak boleh menerima kesalahan dan kelemahan orang lain.

kenapa?!

i've had enough.


please,saya harap tiada lagi pemendaman hati.

sakitnya tak tertanggung.

sekarang pun belum pulih sepenuhnya.

tapi alhamdulillah,segalanya sudah selesai. *muka lega dan tenang.

post ini bukan kerana kamu,atau kamu.

juga bukan kerana marah atau dendam.

masih juga bukan kerana ketidak luahan hati..

tetapi kerana saya.

saya sedang belajar untuk luahkan perasaan. ;)

ouh,bukan sesuatu yang mudah bagi saya.



konklusi,
sebelum buat and even berfikir sesuatu,selidik dulu.

kita lebih percaya kawan atau rumor?
-sesuatu yang masih ramai orang keliru,mungkin.

Aku tidak sempurna.
kerana itu,
aku perlukan kau untuk
membantu aku.

tapi saya tahu,mesti ada silap saya juga.
Maaf... :)


Wassalam.

*segalanya sudah selesai. saya dalam proses melupakannya.
memory failed. ini kali terakhir saya akan berkata tentang hal ini. promise to myself.

*benar,apabila kamu redha dengan ketentuanNYA,kamu akan mendapati terdapat kemanisan di situ.

uhibbuki fillah,eternally.(credits to all my friend)

heya,rasenya ni macam satu-satunya post pasal perasaan. duhh~

Monday, October 11, 2010

hari yang tenang :)

Assalamualaikum.

36 daripada 105.

orang yang datang ke sekolah hari ini.

Moga kamu-kamu yang lain lebih kuat.

Wassalam.


p/s : Mukhayyam form4 superb!