Tuesday, February 9, 2010
Kritik yang tak adil
Dalam satu majlis jamuan meraikan kejayaannya belayar mengelilingi dunia,Ferdinand Magellan telah disindir oleh sekumpulan pengkritik yang duduk semeja dengannya.
"Ah,belayar mengelilingi dunia bukanlah sepayah mana..."
Kata seorang penulis dengan kuat.
"hanya perlukan kapal yang teguh dan peta yang tepat."
Tambah seorang ahli perniagaan.
"dan kelasi yang setia."
Ujar seorang jeneral.
"Tuan-tuan,sekarang ada sebiji telur rebus di tangan saya.Cuba tuan-tuan letakkan telur ini dalam keadaan tegak berdiri."
Kata Ferdinand mencabar para pengkritiknya.
"Mana mungkin telur itu diletakkan dalam kedudukan sedemikian."
Jawab pengkritiknya setelah mencuba berkali-kali.
Ferninand memecahkan sebahagian kecil bucu telur itu dan menggunakannya sebagai tapak untuk meletakkan telur itu dalam keadaan tegak.
"Ah,kalau begitu siapa pun boleh melakukannya."
Kata pengkritiknya sambil mencebik.
"Ya,setelah aku meakukannya!"
Pengajaran : Kritik yang tidak adil merupakan pujian yang tidak rasmi.Ungkapan ada mengatakan,tidak ada sesiapa yang akan menendang anjing yang telah mati.Maksudnya,selagi ada yang 'sudi' mencemuh,itulah petanda kita masih mempunyai kelebihan dan harga diri.
-Solusi,isu no.6
Hidup sebagai form4 begitu mencabar!
Sunday, January 31, 2010
sukan
"Rabbi yassir wala tu'assir"*maaf kalau tersalah ejaannya.
winning is not everything.
x semestinya apa yang kita rasa terbaik,baik juga untuk orang lain.
*blank nak post ape.
keputusan :
1st : Biru (lots of congrats!)
2nd : Merah
3rd : Hijau
4th : Kuning
apapun,semua adalah juara bila kita bersukan kerana Allah. ;)
saya rasa tahun ni saya memang semangat habislah!
KUJAU best!
MERU pn best jgak. eheh.
Seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya,
cukup bijak unuk mengambil manfaat daripada kegagalannya
dan cukup berani untuk memperbetulkan kesilapannya.
Monday, January 25, 2010
penat!
baru je 3 minggu sekolah (nk msok 4).
tapi saya dah amat penat!
adakah sebab waktu cuti akhir tahun terlampau cuti x ingat dunia?
terlampau bersenang lenang sampaikan bila naik skola je macam shock sebab banyak benda nak kena buat sekaligus.
saya macam x boleh nak manage masa lagi.rasanya macam x dapat pick-up lagi dengan suasana yang baru.
serius saya dah penat!

huu...lembeknya. haha.
Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Tapi,
x kanlah saya nak mengalah cepat sangat.
ni baru permulaan.
saya kena kuat!

kuat dalaman dan luaran.
Allah...
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
saya tahu.
saya x mampu lakukannya tanpa pertolongan Allah.
kerana saya lemah.
Wassalam.
Wednesday, January 20, 2010
big smile !
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua. ;)
Hari ni kak long bersalin.
haha. excited macam ape bile blek skolah je dapat tahu.
rasa macam best present ever pon ade jgak. ehee.
kenapa?
saya pun x pasti.
mungkin kerana ianya unik dan x terjangka langsung!
haha.
“Apa yang telah luput daripada umurmu itu tidak akan ada ganti baginya.
Dan apa yang telah berjaya bagimu daripada umurmu itu,
tidak ternilai harganya.”
-Syaikh Ibnu 'Athaillah.
"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang
kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."
-Hassan Al-Banna.
Tuesday, January 5, 2010
his 1st day ;)
Hari ni 1st day adik sekolah tadika. eheh. disebabkan hari ni saya cuti,umi minta saya tunggu adik.huu. kononnya sekejap tapi sampai adik habis skolah saya tunggu.
Adik red class. ehee. His fav colour.
Mula2 adik x nak amik gambar. Tapi bila cakap nak tunjuk kat abe tros die nak. hehe.
Abah pun teruja.haha.
Adik semangat nak gi tadika.
On the way ke tadika.
Dalam proses memujuk adik.
*gemuknya jari.huu.
Dalam pukul 10 lbih,ade sorang budak yang nangis,melalak,lari2 sebab nak balik. Dalam 3/4 cikgu tenangkan dia.
Dia dah ok x lama lepas tu.tapi jap2 nangis balik. dan dia x nak masuk kelas. nak tunggu ayah die.saya pun datang duduk sebelah.(lme sikit lpas tu)
saya : "akak amik gambar boleh?"
Haziq cuma mengangguk kerana masih tersedu2.
saya : "ok haziq,tengok sini...senyum"
"Haziq nak balik.Haziq rindu ayah.Ayah selalu tinggalkan Haziq."
-Haziq.
serius nak nangis sangat tengok budak ni nangis.dah bergenang dah pun.haha. *eish.sjak bila saya senang nangis? ni mesti sebab tunjuk ajar muna.haha.joking.
Haziq main dengan adik tapi die blue class. haha.
"fuhh..penatnya sekolah."
-Adik.
oh tidak.saya dah form 4!
Wassalam.
Friday, January 1, 2010
New year,new h0pe.

Assalamualaikum...
Beberapa jam sahaja lagi akan masuk tahun 2009.
Alam persekolahan yang baru.
Suasana baru.
Dan,
Tahun 2010 akan menggantikan tahun 2009 yang penuh dengan kenangan.
Kawan,

Selamat maju jaya dan moga sukses selalu.
Kenangan bersama tidak akan dilupakan.
Istiqamah ya.
(bagi mereka yang pindah sekolah)
"Friends may come and go"

Moga hadirnya 2010 bersama semangat yang baru!
x nak malas2!
>kenangan 2009< *gambar lain dah diburn dalam cd.
kasut adik.hee.kakak die yang xcited die gi skola.
Selamat tinggal 2009.*tahun hijrah ingatkan nak post.tapi x sempat.
"Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada….."
Monday, December 28, 2009
Bicara Si Kecil Hawa
Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum
hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg
beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2
mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."
Adik masih x puashati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi
peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pd hatinya... pada akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg
mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH
tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui
apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jadikan penuh kemuliaan...
Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu
dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia erendahkan
martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tetapi
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam.
AL-AS’SAIDINA KHADIJAH